Sunday, July 25, 2010

Pada 8 Julai baru-baru ini telah selesailah sudah sesi rakaman bagi single terbaru Rxeme yang berjudul Di Pangkuan Cinta-Mu ciptaan sepenuhnya oleh saudara Halim (Devotees). Single ini bakal di muatkan di dalam album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta Bertahmid yang di jangka release dalam masa terdekat ini. Rakaman di jalankan selama lebih kurang 3 jam ini telah dirakamkan di Neurotic Studio yang terletak di Batu Caves CentrePoint. Dalam masa 3 jam ini, rxeme telah bertungkus-lumus untuk mendalami dan menghayati setiap bait-bait lirik yang terkandung di dalam lagu tersebut. Dengan bantuan saudara Halim, rxeme berjaya menyiapkan rakaman tersebut dalam masa lebih kurang 3 jam (urm lebih kurangla, lupa lak nk catat masa... hehe).

Selesai saja rakaman, rxeme telah berbincang dengan beliau mengenai design cover album untuk album Nasyid Indie 2 yang mana rxeme akan cuba sedaya upaya untuk mendesign reka bentuk album secara keseluruhannya. Konsep & Idea telah dicetuskan oleh beliau sendiri dan rxeme hanya ikut kehendak beliau. Hehe... Poster preview telah pun di upload di dalam laman facebook untuk sentiasa update perkembangan yang telah berlaku sepanjang pembikinan album ini. Kepada semua peminat nasyid, jangan lupa dapatkan album Nasyeed Semesta Bertahmid yang akan terbit tak lama lagi... Nantikan kelainannya :D

No comments:

Post a Comment