Sunday, July 25, 2010

Single Terbaru

Pada 20 Julai baru-baru ini, rxeme telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Program Sua Muka Anak-anak Kelantan yang di adakan di EDU LR6 (Bangunan EDU, UIAM). Rxeme telah diberi peluang untuk menyampaikan 2 buah lagu pada malam itu, tapi keadaan tidak mengizinkan, so rxeme telah menyampaikan satu lagu baru hasil ciptaan Faiz Hamzah dari Soulart Studio. Memandangkan lagu tersebut baru dapat, rxeme terpaksa tengok lirik pada malam itu. Nak tak nak kena buat juga persembahan tu walaupun kena tengok lirik sekalipun. Nasib baik bukan show di tempat orang. Hehe... Anyway rxeme dapat sampaikan lagu itu dengan baik walaupun melodinya lari sikit... Huhu sorry ye Faiz. Untuk preview lagu tersebut, boleh la melawat Facebook saya (search Azim Yunus). Kepada mana2 yang tak add lagi sila2 lah add ya. Masih banyak lagi ruang kosong untuk dipenuhi hehe :D Oklah, akhir kata doakan semoga rxeme berjaya di dalam industri nasyid ini bersama grup rxeme yang akan ditentukan namanya nanti. Doa2kan yer....

No comments:

Post a Comment