Monday, February 6, 2012

Teaser Promo HBN 2012

Saturday, February 4, 2012

Setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, eh.. silap hehe. Setelah diperkenankan oleh pihak pengurusan Album HBN Edisi Pertama, JME (Jaringan Masry Enterprise), kini saya telah diisytiharkan sebagai Designer rasmi untuk album HBN buat kesekian kalinya. Saya mewakili Rxeme Studio sangat berbesar hati untuk turut serta menjayakan usaha JME demi memartabatkan industri Nasyid tanahair dengan penglibatan ramai artis-artis nasyid baru di dalam kompilasi HBN ini. Buat masa sekarang, saya baru saja siapkan beberapa contoh cover untuk di’release’kan ke blog http://bakatnasyid.blogspot.com dan FanPage (Facebook) Bakat Nasyid. Setelah diambil kira beberapa konsep, akhirnya saya menetapkan untuk memilih konsep album berasaskan pokok. Saya mengambil pokok sebagai simbolik untuk melambangkan berkembangnya bakat munsyeed yang ada di dalam album ini. Saya dapati feedback yang baik dari kalangan peminat-peminat nasyid tentang design yang telah saya paparkan. Tapi walaubagaimanapun, saya telah mengubah sedikit design yang asal berdasarkan feedback dari kalangan munsyeed sendiri atas sebab-sebab tertentu. Semoga anda berpuas hati dengan apa yang saya buat untuk cover album ini.


Sunday, March 6, 2011



Assalamualaikum w.b.t... Seperti yang anda sedia maklum, teaser promo Nasyeed Semesta telah pun dilancarkan beberapa hari yang lalu. Namun, waktu untuk memuat naikkan video itu memakan masa juga, sebab kekangan masa yang tidak mengizinkan dan terlalu banyak kerja yang perlu di 'settle' kan dalam masa yang sama menyebabkan video tersebut lambat sikit diupload.

Tapi, hasilnya sangatlah berpuas hati. Dengan adunan muzik & sedikit sentuhan dari Along Exist, nampaknya begitu ketara hasilnya. Itu baru previewnya, belum lagi anda mendengarkan lagu penuhnya. Harapnya anda semua berpuas hati dengan hasil kerja kami bertungkus lumus selama setahun lamanya untuk menyiapkan Album Nasyeed Semesta yang bakal anda miliki tidak lama lagi.

Proses untuk menyiapkan video promo tidaklah memakan masa yang lama, tapi yang lama adalah waktu untuk convert video dari file asal kepada format video yang boleh ditonton menerusi video player. Saya hanya menggunakan program Adobe After Effect dengan bantuan Adobe Photoshop CS3. Dengan 2 perisian ini terhasilah teaser promo yang anda telah lihat sekarang. Saya bukanlah orang yang professional dalam menggunakan program2 nie. Kalu ada yang tunjuk ajar, silakan. Anda sangat dialu-alukan..

So, itu saja coretan untuk hari nie. Semoga kehadiran album ini mampu memberi suatu kelainan dalam industri nasyid tanahair, teruskan menyokong kami penasyid2 indie supaya kami boleh pergi lebih jauh dan mampu memberikan yang terbaik untuk peminat2 nasyid tanahair.

"Insya Allah... Ada jalannya :)"
- Maher Zain

Tuesday, March 1, 2011

Salam 1 Nasyid!


Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog ini. Dah lama rasanya tak update blog nie, dah berkurun pun. Haha.. Maklumlah minggu ni sangat sibuk dengan assignment, projek2 luar dan segala bagai. Sekarang ni baru jer siapkan Tribune Mingguan Persatuan IRKHSS (persatuan pelajar Pengajian Ilmu Wahyu UIA). And then, baru jer menyiapkan DVD Forum Antara Dua Cinta yang menampilkan Ust Akhil Hayy & Ustazah Fatimah Syarha (Novelis Tautan Hati). Sangat penat buat semua nie disamping assignment yang bertimbun2 tak terurus.

Minggu lalu sibuk dengan program Zikrul Maut anjuran Mahallah (Kolej/Asrama). Sekarang ni sibuk dengan kerja-kerja design cover album Nasyeed Semesta. Mesti semua dah tertanya-tanya bila album ni release kan? Album ni bakal menjengah pasaran MAC ini. Sekarang ni dah selesai proses Mixing lagu & sedang Mastering dengan Along EXIST. Bunyinya gempak benar. Harap2 nya hasilnya Superb! Haha.. Nantikannya tau!

Di samping kesibukkan menyiapkan kerja2 nie, tak lupa juga assignment2 yang masih terbengkalai tuh, tak siap2 lagi... Harap2 nya ada masa nak siapkan semua tu..

Terima Kasih atas semua yang membaca coretan ini. Lepas ni nak kena sambung balik kerja2 mendesign cover album. InsyaAllah album kali ni tak kan mengecewakan anda semua. Stay Tuned!

Sunday, July 25, 2010

Single Terbaru

Pada 20 Julai baru-baru ini, rxeme telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Program Sua Muka Anak-anak Kelantan yang di adakan di EDU LR6 (Bangunan EDU, UIAM). Rxeme telah diberi peluang untuk menyampaikan 2 buah lagu pada malam itu, tapi keadaan tidak mengizinkan, so rxeme telah menyampaikan satu lagu baru hasil ciptaan Faiz Hamzah dari Soulart Studio. Memandangkan lagu tersebut baru dapat, rxeme terpaksa tengok lirik pada malam itu. Nak tak nak kena buat juga persembahan tu walaupun kena tengok lirik sekalipun. Nasib baik bukan show di tempat orang. Hehe... Anyway rxeme dapat sampaikan lagu itu dengan baik walaupun melodinya lari sikit... Huhu sorry ye Faiz. Untuk preview lagu tersebut, boleh la melawat Facebook saya (search Azim Yunus). Kepada mana2 yang tak add lagi sila2 lah add ya. Masih banyak lagi ruang kosong untuk dipenuhi hehe :D Oklah, akhir kata doakan semoga rxeme berjaya di dalam industri nasyid ini bersama grup rxeme yang akan ditentukan namanya nanti. Doa2kan yer....

Pada 8 Julai baru-baru ini telah selesailah sudah sesi rakaman bagi single terbaru Rxeme yang berjudul Di Pangkuan Cinta-Mu ciptaan sepenuhnya oleh saudara Halim (Devotees). Single ini bakal di muatkan di dalam album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta Bertahmid yang di jangka release dalam masa terdekat ini. Rakaman di jalankan selama lebih kurang 3 jam ini telah dirakamkan di Neurotic Studio yang terletak di Batu Caves CentrePoint. Dalam masa 3 jam ini, rxeme telah bertungkus-lumus untuk mendalami dan menghayati setiap bait-bait lirik yang terkandung di dalam lagu tersebut. Dengan bantuan saudara Halim, rxeme berjaya menyiapkan rakaman tersebut dalam masa lebih kurang 3 jam (urm lebih kurangla, lupa lak nk catat masa... hehe).

Selesai saja rakaman, rxeme telah berbincang dengan beliau mengenai design cover album untuk album Nasyid Indie 2 yang mana rxeme akan cuba sedaya upaya untuk mendesign reka bentuk album secara keseluruhannya. Konsep & Idea telah dicetuskan oleh beliau sendiri dan rxeme hanya ikut kehendak beliau. Hehe... Poster preview telah pun di upload di dalam laman facebook untuk sentiasa update perkembangan yang telah berlaku sepanjang pembikinan album ini. Kepada semua peminat nasyid, jangan lupa dapatkan album Nasyeed Semesta Bertahmid yang akan terbit tak lama lagi... Nantikan kelainannya :D