Sunday, March 6, 2011



Assalamualaikum w.b.t... Seperti yang anda sedia maklum, teaser promo Nasyeed Semesta telah pun dilancarkan beberapa hari yang lalu. Namun, waktu untuk memuat naikkan video itu memakan masa juga, sebab kekangan masa yang tidak mengizinkan dan terlalu banyak kerja yang perlu di 'settle' kan dalam masa yang sama menyebabkan video tersebut lambat sikit diupload.

Tapi, hasilnya sangatlah berpuas hati. Dengan adunan muzik & sedikit sentuhan dari Along Exist, nampaknya begitu ketara hasilnya. Itu baru previewnya, belum lagi anda mendengarkan lagu penuhnya. Harapnya anda semua berpuas hati dengan hasil kerja kami bertungkus lumus selama setahun lamanya untuk menyiapkan Album Nasyeed Semesta yang bakal anda miliki tidak lama lagi.

Proses untuk menyiapkan video promo tidaklah memakan masa yang lama, tapi yang lama adalah waktu untuk convert video dari file asal kepada format video yang boleh ditonton menerusi video player. Saya hanya menggunakan program Adobe After Effect dengan bantuan Adobe Photoshop CS3. Dengan 2 perisian ini terhasilah teaser promo yang anda telah lihat sekarang. Saya bukanlah orang yang professional dalam menggunakan program2 nie. Kalu ada yang tunjuk ajar, silakan. Anda sangat dialu-alukan..

So, itu saja coretan untuk hari nie. Semoga kehadiran album ini mampu memberi suatu kelainan dalam industri nasyid tanahair, teruskan menyokong kami penasyid2 indie supaya kami boleh pergi lebih jauh dan mampu memberikan yang terbaik untuk peminat2 nasyid tanahair.

"Insya Allah... Ada jalannya :)"
- Maher Zain

No comments:

Post a Comment