Sunday, March 6, 2011



Assalamualaikum w.b.t... Seperti yang anda sedia maklum, teaser promo Nasyeed Semesta telah pun dilancarkan beberapa hari yang lalu. Namun, waktu untuk memuat naikkan video itu memakan masa juga, sebab kekangan masa yang tidak mengizinkan dan terlalu banyak kerja yang perlu di 'settle' kan dalam masa yang sama menyebabkan video tersebut lambat sikit diupload.

Tapi, hasilnya sangatlah berpuas hati. Dengan adunan muzik & sedikit sentuhan dari Along Exist, nampaknya begitu ketara hasilnya. Itu baru previewnya, belum lagi anda mendengarkan lagu penuhnya. Harapnya anda semua berpuas hati dengan hasil kerja kami bertungkus lumus selama setahun lamanya untuk menyiapkan Album Nasyeed Semesta yang bakal anda miliki tidak lama lagi.

Proses untuk menyiapkan video promo tidaklah memakan masa yang lama, tapi yang lama adalah waktu untuk convert video dari file asal kepada format video yang boleh ditonton menerusi video player. Saya hanya menggunakan program Adobe After Effect dengan bantuan Adobe Photoshop CS3. Dengan 2 perisian ini terhasilah teaser promo yang anda telah lihat sekarang. Saya bukanlah orang yang professional dalam menggunakan program2 nie. Kalu ada yang tunjuk ajar, silakan. Anda sangat dialu-alukan..

So, itu saja coretan untuk hari nie. Semoga kehadiran album ini mampu memberi suatu kelainan dalam industri nasyid tanahair, teruskan menyokong kami penasyid2 indie supaya kami boleh pergi lebih jauh dan mampu memberikan yang terbaik untuk peminat2 nasyid tanahair.

"Insya Allah... Ada jalannya :)"
- Maher Zain

Tuesday, March 1, 2011

Salam 1 Nasyid!


Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog ini. Dah lama rasanya tak update blog nie, dah berkurun pun. Haha.. Maklumlah minggu ni sangat sibuk dengan assignment, projek2 luar dan segala bagai. Sekarang ni baru jer siapkan Tribune Mingguan Persatuan IRKHSS (persatuan pelajar Pengajian Ilmu Wahyu UIA). And then, baru jer menyiapkan DVD Forum Antara Dua Cinta yang menampilkan Ust Akhil Hayy & Ustazah Fatimah Syarha (Novelis Tautan Hati). Sangat penat buat semua nie disamping assignment yang bertimbun2 tak terurus.

Minggu lalu sibuk dengan program Zikrul Maut anjuran Mahallah (Kolej/Asrama). Sekarang ni sibuk dengan kerja-kerja design cover album Nasyeed Semesta. Mesti semua dah tertanya-tanya bila album ni release kan? Album ni bakal menjengah pasaran MAC ini. Sekarang ni dah selesai proses Mixing lagu & sedang Mastering dengan Along EXIST. Bunyinya gempak benar. Harap2 nya hasilnya Superb! Haha.. Nantikannya tau!

Di samping kesibukkan menyiapkan kerja2 nie, tak lupa juga assignment2 yang masih terbengkalai tuh, tak siap2 lagi... Harap2 nya ada masa nak siapkan semua tu..

Terima Kasih atas semua yang membaca coretan ini. Lepas ni nak kena sambung balik kerja2 mendesign cover album. InsyaAllah album kali ni tak kan mengecewakan anda semua. Stay Tuned!