Setelah itu, apabila masuk zaman sekolah menengah, rxeme menyepi seketika. Namun minat kepada nasyid masih ada di dalam hati, hanya dipendam saja. Di sekolah dulu, rxeme suka mengumpul lagu2 nasyid yang baru dan suka menulis lirik2 nasyid ke dalam buku tulis sehinggakan ramai pula yang nak meminjam. Maklumlah, time ada pertandingan nasyid ke ape ker mesti nak cari lirik lagu yang best2. So buku rxeme itulah yang menjadi rujukan mereka. Rxeme xkisah pun semua tu, yang penting apa yang disampaikan melalui nasyid itu mereka dapat. So xrugi apa2 pun. Menjelang tahun 2006 (tahun SPM) rxeme mula menjinak2kan diri dalam penghasilan lagu dan lirik. Dari situ, rxeme banyak mengambil contoh lagu2 dari kumpulan nasyid yang baru seperti Devotees, Far East, Saujana dan ramai lagi. Lagu pertama yang berjaya rxeme cipta berjudul 'Warnailah Hidupmu' yang kini lagu tersebut telahpun rxeme rakam dan digubah sepenuhnya oleh Halim dari kumpulan Devotees. Akhirnya impian untuk menjadikan lagu tu realiti tercapai jua. Selain lagu Warnailah Hidupmu, banyak lagi lagu2 yang telah rxeme cipta hasil kerjasama dengan seorang rakan rxeme iaitu saudara Fakhruddin Zurajali (atau kebanyakkan org panggil dia mat burn hehe entah la..). Dengan adanya kolaborasi ini, tercetusnya kumpulan duo pertama rxeme secara underground iaitu '2Fazz' bersama beliau. Namun hasrat kami untuk menerbitkan album duo belum tercapai kerana kami telah mengikut haluan pengajian masing2, beliau kini melanjutkan pelajarannya ke Mesir dalam mendalami ilmu al-Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Shoubra. Rxeme pula kini melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa melalui bidang Pengajian Ilmu Wahyu (atau dikenali sbg IRK di uia). Semenjak dari itu, kumpulan 2Fazz tidak lagi muncul walaupun telah banyak lagu2 yang telah kami cipta bersama. Mungkin suatu hari nanti kami akan bersatu semula untuk menghasilkan album, who knows...

No comments:
Post a Comment