Salam 'alaik kepada semua yang sudi menziarahi blog rxeme ni walaupun kurang pengisiannya, tp rxeme akan cuba perbaikinya dari semasa ke semasa InsyaAllah. Hari ini rxeme akan sambung cerita berkenaan kehidupan rxeme dalam arena nasyid ini. Setelah tamat pengajian sekolah menengah, rxeme melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Kampus Petaling Jaya untuk menjalani sesi matrikulasi selama 2 tahun menerusi kursus Pengajian Ilmu Wahyu (IRK). Bermula di sini, dunia nasyid rxeme tercetus. Pada awalnya rxeme menubuhkan satu kumpulan bersama 2 orang rakan yang begitu minat dengan nasyid iaitu Amin & Nukman. Dari sini kami telah menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama JANAHAIN bermaksud 2 Sayap... dalam bahasa inggerisnye wings la hehe... Janahain tu diambil dari perkataan bahasa arab yang baru saja kami pelajari sewaktu kelas bahasa arab level 2. Kami menubuhkan kumpulan tersebut untuk kami sertai Battle of Nasyeedian yang dianjurkan oleh GRIMIS.. Rxeme dulu pun ahli GRIMIS jgk tp bukan biro seni suara, tp biro seni grafik. Di PJ, rxeme jadi ahli saja tp di NILAI rxeme telah diberi penghormatan untuk menjadi Ketua Biro Grafik di bawah pimpinan saudara Nuzul... Huhu TQ Nuzul. Menerusi Battle of Nasyeedian, kami tidak tidak menang pun top 3, at lease dapat pengalaman masuk pertandingan nasyeed.
Selepas di PJ, kumpulan JANAHAIN sudah tidak ada kerana masing2 rasa tidak mahu teruskan nasyid ni. Sekadar untuk masuk pertandingan tu jer... Jadi rxeme pun menubuhkan satu grup baru yang menjadi tarikan ramai peminat2 nasyid di UIA Nilai sehinggakan ramai jgk yang nak join sekali. Kumpulan tersebut dinamakan KHALIF. Entahla mcamane bole dapat nama tuh. Di sini macam2 pengalaman telah rxeme tempuhi untuk menubuhkan kumpulan nie. Selepas KHALIF dibentuk, kami telah masuk pertandingan nasyeed Inter-Mahallah yang dianjurkan oleh MRC yang telah berlangsung di Abu Bakar College Hall (ABC). Alhamdulillah, dari situ kami telah mendapat tempat ke-2 menerusi lagu yang kami bawa iaitu Muhammad Al-Huda dari Mestica dan Uhkuwwah Kasih Sayang. Semenjak kemenangan itu, kami telah menerima banyak undangan untuk membuat persembahan di sekitar UIA Nilai & PJ. Antara persembahan yang telah kami adakan ialah AGM MARA (Mahallah Abd Rahman Auf - Nilai), MASCAR - PJ, AGM Grimis - Nilai, AGM PERDANA - Nilai, AGD IRK, Nilai, Motivasi bersama Dr. Fadzilah Khamsah - Majlis Perbandaran Nilai dan persembahan sempena Hari Terbuka Aidilfitri IIUM yang dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam kumpulan ini telah banyak berlaku pertukaran ahli oleh kerana kami semua sentiasa sibuk dengan kerja masing2. Antara ahli2 kump KHALIF ialah: Rxeme, Nukman, Syahid, KhairulNizam, Amin, Amir, Syahman, dan Hady. Kumpulan kami juga diiringi oleh percussionist yang hebat hasil kelahiran GRIMIS iaitu Bro. King (Raja Farhan), Bro. Hafiz Urdu, Hanis, Taufiq & ZamZam. Dengan adanya mereka semua maka bertambah menariklah kumpulan KHALIF ini. Sejak dari itu kumpulan KHALIF giat memartabatkan industri nasyid di UIA. Tapi kini kumpulan ini telah berpecah membawa haluan masing-masing apabila berada di UIA Gombak. Sekali lagi rxeme terpaksa membentuk kumpulan yang baru...huhu


Ok la, rasenye itu saja lah yang dapat rxeme kongsikan buat mase nie. Mesti anda semua dah penat baca apa yang tertulis panjang lebar kat sini. Insya Allah akan disambung lepas nie dengan kisah nasyid rxeme di UIA gombak pula. Harapnya anda sudi membaca hikayat rxeme yang seterusnya selepas ini.. Hehe baca jgn xbaca... :D OK !! To Be Continued...
No comments:
Post a Comment