Salam sejahtera semua kepada semua yang sudi mengunjungi blog hamba ini. Setelah tamat bahagian ke-2 pada minggu lalu, kini telah sampai masanya Rxeme menyambung kisah suka duka rxeme menempuh kehidupan untuk menjadi seorang munsyeed seperti yang rxeme alami saat ini. Bukanlah ingin bermegah2 kerana telah menjadi seorang penasyid, tetapi sekadar perkongsian bagi mereka yang ingin mencuba nasib dalam industri nasyid itu sendiri, tidak lebih dari itu. Jadi, kisah seterusnya adalah berkenaan dengan kehidupan rxeme di UIA Gombak. Sungguh tidak percaya bahawa sudah sampai saatnya rxeme menjejakkan kaki ini ke kampus utama UIA yang menjadi keinginan setiap pelajar untuk menjejakkan kaki ke sini. Rasa terharu pun ada, rasa gembira pun ada jgk. Niat untuk menyambung bidang nasyid masih ada di dalam jiwa, cuma masih tidak tahu bagaimana nasib di sini. Pada semester pertama, rxeme dan seorang rakan lama dari kumpulan janahain, iaitu Nukman ingin mencuba nasib dalam nasyid ni dengan menyertai satu pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh IRKHSS sempena I-Fest 2009. Lalu kami telah membentuk satu band yang bernama '7TH CHOICE'. Kumpulan ini mengetengahkan konsep yang santai, iaitu nasyid yang hanya menggunakan percussion dan guitar sebagai alat muzik. Lagu yang kami pertaruhkan iaitu lagu Nowseeheart - KuHarap Cinta itu tidak dapat menarik minat juri, lagipun kami kurang persediaan untuk buat yang terbaik dalam pertandingan tersebut oleh kerana kami masuk pun atas dasar suka-suka saja. Satu sebab lagi ialah pada waktu sebelum pertandingan tu rxeme telah secara tidak sengaja dijemput oleh krew2 IRIS (salah satu program dalam I-Fest 2009) untuk menjadi sukarelawan sebagai AJK dalam program tersebut. Nak tak nak kenalah join juga walaupun berat. Tak sanggup nak kecilkan hati sesiapa. Jadi itulah sebabnya kami tak sempat nak buat persiapan yang secukupnya. Walaupun tidak menang tapi kami akan terus mencuba pada masa akan datang. Antara ahli2 kumpulan 7TH CHOICE ialah Rxeme, Nukman, Muammar (Guitarist#1), Khairul Shakirin (Guitarist #2), Hanis (Percussionist). Tapi pada malam tersebut, kami telah menjemput percussionist luar untuk menggantikan percussionist kami sebab beliau terpaksa nyanyi malam tu. Jadi kami telah menjemput Bro. Adam untuk bermain percussion untuk grup kami. Huhu Thanx Bro. Memang Mantoop. Selepas pertandingan tersebut, kumpulan 7TH CHOICE menyepi seketika. Rxeme pun sama jugak, sepi tanpa show...~Relax Time~~~
Setelah menyepi seketika, rxeme telah dikejutkan dengan satu lagi competition nasyeed. Iaitu pertandingan Nasyeed Gala yang dianjurkan oleh Nasyeed Club bersempena CONVEST 2009. Lagi sekali kumpulan baru telah diwujudkan. Kali ini memang satu gabungan yang amat mantop rxeme rasakan. Hasil gabungan dari pelbagai kumpulan akhirnya wujudlah satu group yang baru dikenali sebagai D'Break-Thru. Antara ahli kumpulan ini ialah Syukri (IQ-Nig), Amir (Aspirasi), Mad, Amin (Somebodyz), dan Rxeme of course... Hahaha. Buat pengetahuan semua, semua ini berasal dari kelantan. Itulah sebabnya ada gabungan ini. Sekadar suka2 saja. Kami telah mempertaruhkan lagu dari kumpulan raihan iaitu Bismillah. Tapi nasib masih belum berpihak kepada kami walaupun kami rasa agak baik persembahan kami. Tapi itu sekadar suka2 saja, tidak serius pun. Kami hanya dapat hadiah saguhati saja... Nice Try Guys..
No comments:
Post a Comment