Sunday, July 25, 2010

Single Terbaru

Pada 20 Julai baru-baru ini, rxeme telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Program Sua Muka Anak-anak Kelantan yang di adakan di EDU LR6 (Bangunan EDU, UIAM). Rxeme telah diberi peluang untuk menyampaikan 2 buah lagu pada malam itu, tapi keadaan tidak mengizinkan, so rxeme telah menyampaikan satu lagu baru hasil ciptaan Faiz Hamzah dari Soulart Studio. Memandangkan lagu tersebut baru dapat, rxeme terpaksa tengok lirik pada malam itu. Nak tak nak kena buat juga persembahan tu walaupun kena tengok lirik sekalipun. Nasib baik bukan show di tempat orang. Hehe... Anyway rxeme dapat sampaikan lagu itu dengan baik walaupun melodinya lari sikit... Huhu sorry ye Faiz. Untuk preview lagu tersebut, boleh la melawat Facebook saya (search Azim Yunus). Kepada mana2 yang tak add lagi sila2 lah add ya. Masih banyak lagi ruang kosong untuk dipenuhi hehe :D Oklah, akhir kata doakan semoga rxeme berjaya di dalam industri nasyid ini bersama grup rxeme yang akan ditentukan namanya nanti. Doa2kan yer....

Pada 8 Julai baru-baru ini telah selesailah sudah sesi rakaman bagi single terbaru Rxeme yang berjudul Di Pangkuan Cinta-Mu ciptaan sepenuhnya oleh saudara Halim (Devotees). Single ini bakal di muatkan di dalam album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta Bertahmid yang di jangka release dalam masa terdekat ini. Rakaman di jalankan selama lebih kurang 3 jam ini telah dirakamkan di Neurotic Studio yang terletak di Batu Caves CentrePoint. Dalam masa 3 jam ini, rxeme telah bertungkus-lumus untuk mendalami dan menghayati setiap bait-bait lirik yang terkandung di dalam lagu tersebut. Dengan bantuan saudara Halim, rxeme berjaya menyiapkan rakaman tersebut dalam masa lebih kurang 3 jam (urm lebih kurangla, lupa lak nk catat masa... hehe).

Selesai saja rakaman, rxeme telah berbincang dengan beliau mengenai design cover album untuk album Nasyid Indie 2 yang mana rxeme akan cuba sedaya upaya untuk mendesign reka bentuk album secara keseluruhannya. Konsep & Idea telah dicetuskan oleh beliau sendiri dan rxeme hanya ikut kehendak beliau. Hehe... Poster preview telah pun di upload di dalam laman facebook untuk sentiasa update perkembangan yang telah berlaku sepanjang pembikinan album ini. Kepada semua peminat nasyid, jangan lupa dapatkan album Nasyeed Semesta Bertahmid yang akan terbit tak lama lagi... Nantikan kelainannya :D

Tuesday, June 22, 2010

Salam sejahtera semua kepada semua yang sudi mengunjungi blog hamba ini. Setelah tamat bahagian ke-2 pada minggu lalu, kini telah sampai masanya Rxeme menyambung kisah suka duka rxeme menempuh kehidupan untuk menjadi seorang munsyeed seperti yang rxeme alami saat ini. Bukanlah ingin bermegah2 kerana telah menjadi seorang penasyid, tetapi sekadar perkongsian bagi mereka yang ingin mencuba nasib dalam industri nasyid itu sendiri, tidak lebih dari itu. Jadi, kisah seterusnya adalah berkenaan dengan kehidupan rxeme di UIA Gombak. Sungguh tidak percaya bahawa sudah sampai saatnya rxeme menjejakkan kaki ini ke kampus utama UIA yang menjadi keinginan setiap pelajar untuk menjejakkan kaki ke sini. Rasa terharu pun ada, rasa gembira pun ada jgk. Niat untuk menyambung bidang nasyid masih ada di dalam jiwa, cuma masih tidak tahu bagaimana nasib di sini. Pada semester pertama, rxeme dan seorang rakan lama dari kumpulan janahain, iaitu Nukman ingin mencuba nasib dalam nasyid ni dengan menyertai satu pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh IRKHSS sempena I-Fest 2009. Lalu kami telah membentuk satu band yang bernama '7TH CHOICE'. Kumpulan ini mengetengahkan konsep yang santai, iaitu nasyid yang hanya menggunakan percussion dan guitar sebagai alat muzik. Lagu yang kami pertaruhkan iaitu lagu Nowseeheart - KuHarap Cinta itu tidak dapat menarik minat juri, lagipun kami kurang persediaan untuk buat yang terbaik dalam pertandingan tersebut oleh kerana kami masuk pun atas dasar suka-suka saja. Satu sebab lagi ialah pada waktu sebelum pertandingan tu rxeme telah secara tidak sengaja dijemput oleh krew2 IRIS (salah satu program dalam I-Fest 2009) untuk menjadi sukarelawan sebagai AJK dalam program tersebut. Nak tak nak kenalah join juga walaupun berat. Tak sanggup nak kecilkan hati sesiapa. Jadi itulah sebabnya kami tak sempat nak buat persiapan yang secukupnya. Walaupun tidak menang tapi kami akan terus mencuba pada masa akan datang. Antara ahli2 kumpulan 7TH CHOICE ialah Rxeme, Nukman, Muammar (Guitarist#1), Khairul Shakirin (Guitarist #2), Hanis (Percussionist). Tapi pada malam tersebut, kami telah menjemput percussionist luar untuk menggantikan percussionist kami sebab beliau terpaksa nyanyi malam tu. Jadi kami telah menjemput Bro. Adam untuk bermain percussion untuk grup kami. Huhu Thanx Bro. Memang Mantoop. Selepas pertandingan tersebut, kumpulan 7TH CHOICE menyepi seketika. Rxeme pun sama jugak, sepi tanpa show...~Relax Time~~~

KUMPULAN 7TH-CHOICE

Setelah menyepi seketika, rxeme telah dikejutkan dengan satu lagi competition nasyeed. Iaitu pertandingan Nasyeed Gala yang dianjurkan oleh Nasyeed Club bersempena CONVEST 2009. Lagi sekali kumpulan baru telah diwujudkan. Kali ini memang satu gabungan yang amat mantop rxeme rasakan. Hasil gabungan dari pelbagai kumpulan akhirnya wujudlah satu group yang baru dikenali sebagai D'Break-Thru. Antara ahli kumpulan ini ialah Syukri (IQ-Nig), Amir (Aspirasi), Mad, Amin (Somebodyz), dan Rxeme of course... Hahaha. Buat pengetahuan semua, semua ini berasal dari kelantan. Itulah sebabnya ada gabungan ini. Sekadar suka2 saja. Kami telah mempertaruhkan lagu dari kumpulan raihan iaitu Bismillah. Tapi nasib masih belum berpihak kepada kami walaupun kami rasa agak baik persembahan kami. Tapi itu sekadar suka2 saja, tidak serius pun. Kami hanya dapat hadiah saguhati saja... Nice Try Guys..


Ok lah setakat nie coretan yang ingin rxeme sampaikan. Banyak lagi kisah yang akan menyusul selepas ini. Rxeme akan ceritakan kisah bermulanya rxeme sebagai penasyid dan mengenai kumpulan nasyid yang rxeme sertai... coming up soon! Stay tune with update from me! Ok salam ukhuwwah buat semua...:D

Wednesday, June 16, 2010

Salam 'alaik kepada semua yang sudi menziarahi blog rxeme ni walaupun kurang pengisiannya, tp rxeme akan cuba perbaikinya dari semasa ke semasa InsyaAllah. Hari ini rxeme akan sambung cerita berkenaan kehidupan rxeme dalam arena nasyid ini. Setelah tamat pengajian sekolah menengah, rxeme melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Kampus Petaling Jaya untuk menjalani sesi matrikulasi selama 2 tahun menerusi kursus Pengajian Ilmu Wahyu (IRK). Bermula di sini, dunia nasyid rxeme tercetus. Pada awalnya rxeme menubuhkan satu kumpulan bersama 2 orang rakan yang begitu minat dengan nasyid iaitu Amin & Nukman. Dari sini kami telah menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama JANAHAIN bermaksud 2 Sayap... dalam bahasa inggerisnye wings la hehe... Janahain tu diambil dari perkataan bahasa arab yang baru saja kami pelajari sewaktu kelas bahasa arab level 2. Kami menubuhkan kumpulan tersebut untuk kami sertai Battle of Nasyeedian yang dianjurkan oleh GRIMIS.. Rxeme dulu pun ahli GRIMIS jgk tp bukan biro seni suara, tp biro seni grafik. Di PJ, rxeme jadi ahli saja tp di NILAI rxeme telah diberi penghormatan untuk menjadi Ketua Biro Grafik di bawah pimpinan saudara Nuzul... Huhu TQ Nuzul. Menerusi Battle of Nasyeedian, kami tidak tidak menang pun top 3, at lease dapat pengalaman masuk pertandingan nasyeed.

KUMPULAN JANAHAIN

Selepas di PJ, kumpulan JANAHAIN sudah tidak ada kerana masing2 rasa tidak mahu teruskan nasyid ni. Sekadar untuk masuk pertandingan tu jer... Jadi rxeme pun menubuhkan satu grup baru yang menjadi tarikan ramai peminat2 nasyid di UIA Nilai sehinggakan ramai jgk yang nak join sekali. Kumpulan tersebut dinamakan KHALIF. Entahla mcamane bole dapat nama tuh. Di sini macam2 pengalaman telah rxeme tempuhi untuk menubuhkan kumpulan nie. Selepas KHALIF dibentuk, kami telah masuk pertandingan nasyeed Inter-Mahallah yang dianjurkan oleh MRC yang telah berlangsung di Abu Bakar College Hall (ABC). Alhamdulillah, dari situ kami telah mendapat tempat ke-2 menerusi lagu yang kami bawa iaitu Muhammad Al-Huda dari Mestica dan Uhkuwwah Kasih Sayang. Semenjak kemenangan itu, kami telah menerima banyak undangan untuk membuat persembahan di sekitar UIA Nilai & PJ. Antara persembahan yang telah kami adakan ialah AGM MARA (Mahallah Abd Rahman Auf - Nilai), MASCAR - PJ, AGM Grimis - Nilai, AGM PERDANA - Nilai, AGD IRK, Nilai, Motivasi bersama Dr. Fadzilah Khamsah - Majlis Perbandaran Nilai dan persembahan sempena Hari Terbuka Aidilfitri IIUM yang dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam kumpulan ini telah banyak berlaku pertukaran ahli oleh kerana kami semua sentiasa sibuk dengan kerja masing2. Antara ahli2 kump KHALIF ialah: Rxeme, Nukman, Syahid, KhairulNizam, Amin, Amir, Syahman, dan Hady. Kumpulan kami juga diiringi oleh percussionist yang hebat hasil kelahiran GRIMIS iaitu Bro. King (Raja Farhan), Bro. Hafiz Urdu, Hanis, Taufiq & ZamZam. Dengan adanya mereka semua maka bertambah menariklah kumpulan KHALIF ini. Sejak dari itu kumpulan KHALIF giat memartabatkan industri nasyid di UIA. Tapi kini kumpulan ini telah berpecah membawa haluan masing-masing apabila berada di UIA Gombak. Sekali lagi rxeme terpaksa membentuk kumpulan yang baru...huhu

KUMPULAN KHALIF

Ok la, rasenye itu saja lah yang dapat rxeme kongsikan buat mase nie. Mesti anda semua dah penat baca apa yang tertulis panjang lebar kat sini. Insya Allah akan disambung lepas nie dengan kisah nasyid rxeme di UIA gombak pula. Harapnya anda sudi membaca hikayat rxeme yang seterusnya selepas ini.. Hehe baca jgn xbaca... :D OK !! To Be Continued...

Tuesday, June 15, 2010

Pada mulanya, nasyid merupakan bidang yang amat rxeme suka sejak dari zaman kemunculan kumpulan Raihan lagi. Sejak dari itu, minat yang mendalam kepada bidang nasyid terserlah apabila rxeme pernah menjadi Solo kumpulan nasyid sekolah pada tahun 1999. Namun pada waktu itu rxeme masih belum mengetahui secara mendalam bidang nasyid, sekadar nyanyi suka2 jer... sampailah pada tahun 2001 rxeme telah dijemput oleh seorang ustazah di sekolah dulu untuk join kumpulan nasyid sekolah dalam satu pertandingan nasyid antara sekolah2 sri (sekolah rendah islam) yang di adakan di Sekolah Rendah Islam Sri Kiblah. Dengan izin-Nya, kumpulan rxeme berjaya mendapat tempat pertama daripada 11 sekolah yang bertanding. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana usaha selama ini berbaloi dengan berkat ketekunan ustazah kamariah yang mendidik kumpulan kami sehinggakan kami telah menjadi juara.

Setelah itu, apabila masuk zaman sekolah menengah, rxeme menyepi seketika. Namun minat kepada nasyid masih ada di dalam hati, hanya dipendam saja. Di sekolah dulu, rxeme suka mengumpul lagu2 nasyid yang baru dan suka menulis lirik2 nasyid ke dalam buku tulis sehinggakan ramai pula yang nak meminjam. Maklumlah, time ada pertandingan nasyid ke ape ker mesti nak cari lirik lagu yang best2. So buku rxeme itulah yang menjadi rujukan mereka. Rxeme xkisah pun semua tu, yang penting apa yang disampaikan melalui nasyid itu mereka dapat. So xrugi apa2 pun. Menjelang tahun 2006 (tahun SPM) rxeme mula menjinak2kan diri dalam penghasilan lagu dan lirik. Dari situ, rxeme banyak mengambil contoh lagu2 dari kumpulan nasyid yang baru seperti Devotees, Far East, Saujana dan ramai lagi. Lagu pertama yang berjaya rxeme cipta berjudul 'Warnailah Hidupmu' yang kini lagu tersebut telahpun rxeme rakam dan digubah sepenuhnya oleh Halim dari kumpulan Devotees. Akhirnya impian untuk menjadikan lagu tu realiti tercapai jua. Selain lagu Warnailah Hidupmu, banyak lagi lagu2 yang telah rxeme cipta hasil kerjasama dengan seorang rakan rxeme iaitu saudara Fakhruddin Zurajali (atau kebanyakkan org panggil dia mat burn hehe entah la..). Dengan adanya kolaborasi ini, tercetusnya kumpulan duo pertama rxeme secara underground iaitu '2Fazz' bersama beliau. Namun hasrat kami untuk menerbitkan album duo belum tercapai kerana kami telah mengikut haluan pengajian masing2, beliau kini melanjutkan pelajarannya ke Mesir dalam mendalami ilmu al-Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Shoubra. Rxeme pula kini melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa melalui bidang Pengajian Ilmu Wahyu (atau dikenali sbg IRK di uia). Semenjak dari itu, kumpulan 2Fazz tidak lagi muncul walaupun telah banyak lagu2 yang telah kami cipta bersama. Mungkin suatu hari nanti kami akan bersatu semula untuk menghasilkan album, who knows...

Rxeme rase stakat itu dulu cerita tentang dunia nasyeed rxeme. Banyak lagi cerita yang akan rxeme paparkan kepada anda. Harap sabar menunggu cerita seterusnya. Selepas ini cerita mengenai nasyeed rxeme di IPTA. Stay tuned!!! To be continued...

Di Pangkuan Cinta-Mu

Singgah untuk berteduh
Saat dipalu dan kecewa
Begitu sering aku hanya
Mencari Dia bila perlu

Tiada ku waspada
Tika diri dihibur dunia
Tidak terasa akan kehadiran-Nya
Sedang Dia menyaksikan segala-gala

Sakitku baru kuhampar
Di tikar pengabdianku
Cemasku baru kusedar
Pada-Mu ada semua
Di rimbunan kasih sayang-Mu

Di pangkuan cinta-Mu
Hilanglah resah yang terbuku
Tiada kesannya
Kerana Kau lebih tahu

Di pangkuan cinta-Mu
Jiwa dibelai rasa rindu
Rindu pada Yang Satu
Tuhan pemilik nyawaku

Composed & Written by Abd Halim Ahmad
O.C & O.P Neurotic Studio

Monday, June 14, 2010

Ahlan Wasahlan...

Salam sejahtera kepada peminat2 nasyid semua!! Rxeme kini baru saja menyiapkan blog khas untuk menyimpan segala maklumat mengenai nasyid yang rxeme lalui selama ini. Untuk menyingkap lebih lanjut, jomlah sama2 membaca apa yang akan diceritakan di sini. Segalanya bermula.... haha akan diceritakan nanti hehe :D so stay tune with my latest news k!